PUISI
Akhir Zaman
Laluan diliputi pancaroba
berbisa
Sinarnya senja menyusurlah
dosa
Kala malamnya berhiburlah
si noda
Tertawa sang penyawa
bergembira
Apa kau lupa wahai
pendusta
Di jernihan telaga desa
tercinta
Tinggalkan pelita lupakan
permata
Kini hiba di jalanan
berpesta
Apa kau lupa wahai
pendusta
Bisikan syahadah pada
Sang Mulia
Genggaman cahaya bertukar
bara
Kerana lidah membinasa
minda
Bangkitlah mata maralah
jiwa
Akar mimpi usianya
sengketa
Bangunlah hati hiduplah
manusia
Susurlah bahagia di
syurga selamanya
KERELAAN MEMAKSA
Seandainya waktu itu seperti buih
Di lautan pun aku tak mahu satu
berpecahan
Seandainya rindu terbeku mati dihujani
pedih
Biarkan berkurun ku tunggu pengakhiran
Jasamu semalam memujuk paksaan
Memanggil tangisku mengabaikan kenangan
Sungguhpun silam berpuruk dendam
ingatan
Terpencil subuhku saksikan malam
kerisauan
Kembalilah
Biarlah impian semalam terhenti di
jalan
Sedikit kenangan mimpi pun, datanglah
Sahabatmu mendoakan jangan di persiakan
MENANTI
MENTARI
Menari di lebaran
duri bernadakan caci
Itulah taman kediaman
tempatku bernyanyi
Berjalan di gerimis
api dibawahan terik mentari
Di tirai sana
ternyata hujannya air. Bukan petir
Di langit luar
awannya bersinar. Disini menangis
Apa pantaskah hati
berduka disebabkan bernyawa
Apakah selayaknya
hiba barulah gembira
Apa asal saja
manusia pasti disaluti sengsara
Kepedihan sakit ini
bukan mimpi di senja hari
Ya Robbi
Dengarkan keluhan
hati bernada sepi
Biarkan jiwa yang
mati ini kembali bernyanyi
Seketika cuma
hambaMu berdiri
Menantikan mati
ingin dirahmati
CERITA KANAK-KANAK
BOBO SAYANG NENEK
Dahulu, ada seorang nenek
tua yang tinggal di dalam hutan. Setiap hari nenek tua tersebut akan tidur dan
makan di atas gerai yang ada di bawah sebuah pokok besar. Dahulu, nenek ini
sangat ceria bergelak ketawa namun kehidupan nenek berasa sunyi disebabkan
anaknya sudah meninggal dunia. Sambil berjalan mencari makanan, nenek menangis
kesedihan dan tiba-tiba berjumpa pintu gua yang bercahaya.
Sambil ketakutan melihat
cahaya yang keluar dari gua tersebut, nenek perlahan-lahan melangkah kaki.
Nenek terkejut apabila mendengar suatu suara misteri yang amat kuat berkata
"Hai perempuan tua.. silakanlah datang bersamaku". Oleh kerana nenek
berasa tiada jalan lain lagi, nenek terus masuk ke dalam gua tersebut walaupun
takut.
Tiba-tiba, muncul cahaya
yang bersinar di hadapannya. Badan nenek menggeletar ketakutan. Seorang lelaki
yang sedang memimpin budak perempuan muncul dihadapannya. Lantas nenek berkata
kepada lelaki tersebut "Siapakah kamu ini? Jangan cederakan saya. Saya
bukan orang jahat". Lelaki tersebut segera menjawab "Jangan takut
wahai nenek.. Namaku Pak Adam. Ini anakku, Bobo".
Bobo tidak biasa dan takut
untuk mendekati nenek tua tadi. Melihat nenek tua kelaparan, Pak Adam
menghulurkan bakul yang berisi buah-buahan lantas dimakan nenek tersebut dengan
suka hati. Nenek sangat terharu berterima kasih kepada mereka berdua kerana
memberi makanan kepadanya. Setelah kenyang, nenek mahu berangkat pulang ke
pokok yang selalu dia berteduh. Bobo kemudian berlari menuju ke arah nenek lalu
memeluk nenek.
"Kenapa ye nak?"
nenek bertanya. "Bobo nak nenek. Bobo sayang nenek" jawab Bobo.
Sebenarnya dahulu nenek ada seorang ibu yang sangat baik tetapi meninggal dunia
digigit ular berbisa di dalam hutan tersebut. Dengan rasa serba salah selepas
dipelawa Pak Adam, nenek tersebut tinggal bersama mereka di dalam gua. Mereka
sangat gembira. Mereka bergurau senda di dalam taman yang sungguh cantik
dihiasi dengan bunga-bunga dan burung yang berkicauan. Ada arnab, burung
merpati, kucing dan rusa. Bunga-bunga di dalam taman tersebut berwarna-warni
dan sangat indah berbau harum.
Setiap hari Bobo dibuaikan
oleh nenek sambil dinyanyikan lagu sebelum tidur. Mereka berdua bahagia makan
dan tidur bersama. Setiap petang mereka belajar melukis di dinding gua. Bobo
semakin besar dan pandai memetik buah di sekitar tempat tinggal mereka. Pak
Adam bekerja kuat untuk menyara kehidupannya. Selalu saja Bobo bermimpikan
nenek menyanyikan lagu untuknya. Begitulah kehidupan mereka seterusnya. Apa
sahaja yang ingin dilakukan, pasti nenek akan menemani dan membantu Bobo.
Suatu malam hujan turun
sangat lebat. Petir sambar menyambar di dinding gua mereka duduki. Nenek pula
batuk-batuk berterusan lalu jatuh sakit yang aneh. Walaupun hujan belum
berhenti, mereka tetap keluar mencari mencari herba dan daun-daun untuk
mengubati sakit nenek. Mereka suapkan ubat untuk nenek tetapi nenek termuntah
dan tidak larat lagi. Bobo menangis dan hatinya mulai gelisah dan sedih melihat
wajah nenek kesakitan. Kegembiraan yang dilaluinya bersama nenek kini tidak
seperti hari-hari yang lain lagi. Pagi itu, Bobo bangun tidur lewat disebabkan nenek tidak bangun kejutkan dan masak
untuknya. Rupa-rupanya tubuh nenek tidak bergerak. Ternyata nenek telah
meninggal dunia di atas katil tempat tidurnya semasa tidur.
Bobo mahu larikan diri
tetapi ayahnya cepat-cepat memeluk Bobo. Sebelum nenek meninggal, Sambil
menangis di taman tempat bermain yang selalu ditemani nenek, Bobo tertidur di
atas buaian. Ketika tidur, Bobo bermimpi nenek hadir memeluk lantas datang
berpesan kepadanya. Dalam mimpi itu nenek berkata, "Setiap yang hidup
pasti akan mati termasuk ayah, ibu, kawan-kawan dan nenek juga. Oleh itu, Bobo
mesti kuat. Bobo juga akan besar dan semakin hari semakin tua. Jadi, Bobo kena sayang
semua orang yang ada di samping kita ya. ".
Selepas peristiwa itu,
Bobo tidak lagi bersedih. Bobo sudah mengerti bahawa kehidupan di dunia
perlulah menghargai semua orang yang ada di sekeliling. Kini usia Bobo semakin
meningkat dan ayahnya juga semakin tua. Bobo menjaga ayahnya dengan baik. Setiap
kata-kata yang keluar dari mulut ayahnya, Bobo tidak pernah mengingkarinya.
Ketika ayahnya demam, Bobo selalu urutkan kepala ayahnya supaya cepat sembuh.
Walaupun sudah besar, Bobo masih suka melukis gambar ayah dan arwah ibu serta
neneknya di dinding tempat tinggal. Bobo janji, apabila besar nanti Bobo mahu
jadi manusia yang berjaya dan baik dengan semua orang.
PENGAJARAN
1) Hargailah orang
yang ada di sekeliling kita selagi mereka masih hidup terutamanya ibu bapa
kerana mereka menjaga kita sejak kecil sehingga dewasa.
2) Kehidupan di dunia
ini cuma sementara. Jadi, usah bersedih dengan ujian dan pemergian orang yang
disayangi kerana setiap manusia akan menemui mati.
3) Ketentuan Allah
adalah aturan yang terbaik untuk manusia. Percayalah bahawa setiap kebaikan
dibalas dengan kebaikan jua.
CERPEN PENDEK
KERANA
ITU TAKDIRNYA HIDUP
“Kau
bukannya tak tahu pasal aku” tegas Mona. “Dah la, itu kan hal biasa. Kau ada
aku dan pun tahu kan, ramai lagi yang nak kawan dengan kau” balas Leesa. Namaku
Mona. 23 tahun. Dibesarkan disini. Disini tanah yang amat sulit untuk menjalani
hidup. Penuh dengan hipokritnya mata yang melihatku serba tidak kena. Aku tahu
aku tidak sempurna. Kakiku tempang dan wajahku tidak cantik seperti orang lain.
Orang lain yang aku maksudkan adalah Jihah dan kawan-kawannya. Mereka selalu
mengendahkan hati dan perasaanku. Hina sungguh hina diriku ini.
Seperti
biasa aku ke kelas Encik Halim, aku akan bersedia. Dup dap dup dap jantungku
berdegup seolah ada pesta larian di jiwaku. Bersedia untuk dilemparkan kata-kata yang
kesat dari mereka terutamanya ketua kumpulan. Bersedia! Mereka sudah datang.
“Pakailah gincu sikit cik adik oii kalau dah tahu wajahmu bak momok di pokok
petai” kata Jihah. Bernada sinis perlahan. Apa agaknya kali ni perlu aku jawab
ye? “Oh, terima kasih”. Lega kali ini hanya begitu caranya tidak seperti hari-hari
yang lain. Tapi bukannya aku tidak sedar aku berkelakuan seperti orang tunduk
bodoh terhadap mereka. Tapi aku tahu kalau aku balas kata-kata mereka aku makin
dibenci.
“Happy
birthday Mona!!!” tiba-tiba suara datang. “Hoi korang ni saja nak buat aku
terkejut kan? Nasib baik tak ku angkat tongkat nih. Thanks tau korang” menahan
sebak di jiwa berasa diri dihargai. “Sempena hari lahir Mona yang ke-23 ni kita
semua doakan Mona terus berjaya. Jadi sahabat dan anak yang baik. Dan yang
penting tahun depan terima anugerah best student lagi tau”. “Aminn... Untuk
Amir, Efa, Zara dan Leesa.. Aku harap korang semua tetap jadi sahabat aku dunia
akhirat. Terima kasih doakan kesihatan mak aku juga ye”.
“Kan
mak dah cakap tadi kat kau Mona, jangan letak kain bersepah kat kerusi tuu”.
Marah mak kat Mona. “Baiklah mak” jawab Mona. Mak aku sudah tiga tahun lumpuh
tidak boleh berjalan. Setiap hari akulah yang akan bawakan mak ke sawah padi
dengan kerusi rodanya. Sawah padi inilah yang menenangkan hati saat kami sedih,
saat kami berasa sunyi teringatkan arwah abah. Aku lihat pepadi yang lembut
melambai seakan sama dengan perangai ayah. Yang lemah lembut bicaranya. Yang
tersusun kata-katanya.
Ada
yang tertanya-tanya mengapa ayahku meninggal dunia. Ibuku lumpuh tidak berdaya
dan aku tempang tiada kaki. Sebenarnya, ceritanya bermula dengan tragedi
kemalangan yang menimpa kami bertiga. Sewaktu kami dalam perjalanan mahu ke majlis berbuka puasa
di masjid tengah bandar awalnya sangat ceria dan hari itu aku rasa hari puasa
yang luar biasa dari hari-hari yang lain. Tapi apa nak ku bicara lagi, itu kan
takdir tuhan. Tapi kadang-kadang aku hampa, apabila aku bertemu dengan sesiapa,
mereka hanya berkata, “sabarlah ye..”. Memanglah betul aku harus bersabar. Aku
tak salahkan mereka yang berkata begitu dan aku hormati ucapan mereka. Tapi itu
tidak membantu kehidupanku. Hmm.. tiada siapa yang salah.
Dulu,
masa arwah ayah ada, kehidupan keluarga kami sungguh meriah. Walaupun ayah
sudah tua setelah pencen bertugas
sebagai seorang askar, ayah jua-lah yang memikul bebanan kami sekeluarga. Apa
yang selalu bermain di bayangan fikiranku adalah pesan ayah supaya menjaga ibu.
Aku ingat lagi waktu itu aku memandang jam dinding berwarna merah pekat, jam
10.45 malam; ayah ada berpesan:
“
kalau ayah dah takde nanti jaga-jagalah mak kamu tu.. sakit kanser bukan boleh
dipandang remeh.. bukan ayah nak takutkan anak-anak.. tapi kak long, kamu yang
ayah harapkan’.
“Arghh...
Allahu Akbar.. sakitnya. Kak Long!! Tolong makk... mak dah tak tahan...”. Bukan
orang lain. Ini suara ibuku dari dapur.
“ Ya Allah, mak.. sabar mak.. sabar..sekejap
Kak Long ambilkan kain”..
Mahu
tercampak tongkatku melihat kaki mak berlumuran darah. Tidak mampu berbuat
apa-apa lagi, terus aku ke rumah Pak Din jiran sebelah rumah..
“Dum!
Dum!” macam nak terbelah pintu ku ketuk kuat rumahnya.
“Pak
Din, tolong hantarkan mak saya ke hospital” jeritku kuat.
“Ye..ye..
Pak Din tengah makan tadi.. Sekejap nak basuh tangan”.
Cepat-cepat
kerusi roda ibuku Pak din angkat dan terus bawak ke hospital.
Bayangkanlah
jam 1.00 tengah malam mata ibuku belum terlena. Dari jam 10.00 malam tadi aku
perhati. Apabila ditanya, tiada apa-apa katannya.. Gelisah aku dibuatnya bagai
menerima berita tragedi. Air mata dari kehalusan hujung kelopak setitis demi
setitis keluar mengalir bercerita tanpa henti. Sedang aku, tetap memegang erat
tangan ibu.
“Mak
lapar? Mona boleh carikan buah..”. Pujukku.
“Mak
tak lapar.. mak tak dahaga. Cuma mak tak tahu kenapa”. Kali ni mak berkata.
“Kenapa
apa mak? Aisshh.. apalaah mak ni”.
“Kenapa
mak rasa rindu sangat dengan ayah kamu. Mak rasa dekat je”. Jawab ibuku.
Entahlah
apa nak dikata . Aku hairan dengan kejadian tadi. Ibu mahu ambil gelas kaca di
meja sahaja. Jatuh dan pecah terkena kakinya yang sudah lama sakit. Sudah lama
aku menjaga ibuku yang sakit kanser tulang. Aku kira tiada pula seberat ini
kesakitan yang dilalui. Aku tahu, Allah itu Maha Mendengar. Aku yakin, Allah
Maha Mendengar.
“Kak
long... Mona.. kak long.. ishhh Mona..”
“Ha?
Ye mak.. mona terlelap tadi..” jawabku. Padahal tidak henti mengelamun tentang
ibuku.
“Boleh
mak tidur dulu?” perlahan suara mak.
“Iye mak dari tadi Mona nak mak tidur..
Mak kan penat. Alahh.. sakit sekejap je.. nanti takdelah tu esok*****Jam 6.00
pagi awal subuh aku tersedar. Lihat mak tiada.. Oh.. tertidur di sebelah katil
rupanya. Biarlah.. mungkin ibuku penat sampai tertidur di sejadahnya. Sepuluh
minit kemudian, ku lihat ibuku seperti diam tenang tiada kelihatan kedut-kedut
di wajahnya.
“Mak..
mak.. Bangun mak. Makan dah ada ni”. Ucapku dengan rasa rindu bagaikan bertahun
tidak bertemu.
“Mak!!
Tolonglah bangun.. Mona rindu mak ni..” ku tinggikan sedikit suara supaya dia
begerak.
Ya
allah... Ibuku sudah tiada.. Tidur buat selamanya-lamanya. Mungkin singkat
sahaja waktu itu bercerita. Tetapi, begitu peritnya aku menjalani hidup tanpa
ibu disisi. Ingin sahaja aku berlari mendakapi susuk tubuhnya.. ya Rahman,. Ya
Rahim, ku tahu Kau mendengar.. Sesekali aku bertanya pada hati, kenapa Allah
menguji ibuku dengan sakit kanser tetapi berakhir kematiannya dengan hanya
sebiji gelas kaca yang menjadi punca. Oh allah.. Aku percaya.. kerana itu
takdirnya hidup.